Miss Simple
D'Owner


Assallamualaikumm , I'm a muslim and I'm not a terrorist . Please respesct my site okay ? with love , Mawar❤

Diary About Links

D'Lovers




D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome


1/JANUARI/13

Assallamualaikum, tak jawab dosaaa. Aiyoot! Haaa! Menggelupur nak jawab,HEHE .
Dah lama rasanya tak update entry blog ni,kalau tak silap, last update 2 bulan lepas kan?
Okay, pertama sekali kita nak berterima kasih pada yang sudi view blog kita yang tak seberapa nih, and sudi tunggu untuk entry seterusnya. Terima kasih banyak kay?
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat jumpa lagi kat entry untuk kali ni. Wahwahwahh, dah macam nak buat Folio pulak dahh >.<
Alhamdulillah jugak, dah 2013 dahh, and kita semua masih lagi dikurniakan kesihatan yang sempurna :)
Syukran Ya Rahman.


Ehhh, terlupa pulak nak tanya, korang semua sihat? Harap sihat lah yer? Kita alhamdulillah sihat, cuma demam sikit semalam. Korang semua azam apa? Korang sambut ker Tahun Baru? wahhh, mesti seronok sambut Tahun Baru kan? Sebelum tuh, kita nak tanya, korang punya azam yang lepas dah tercapai belum? Kalau belum, apa salahnya kalau tahun nih kekal azam yang sama,mana tahu tercapai. In syaa Allah. Kita pun ada azam baruuu ^_^
Tapi, kita pasang azam tuh dari awal Muharam lagi. Korang baru pasang azam hari nih ker? Banyak tanya pulak kita nih kan? HOHO, maaf :3 Kita tak sambut pun Tahun Baru. Kita sambut masa awal Muharam dulu :) Tapi, kita tak sambut dengan sorakkan,bunga api semua,orang menyanyi bagai. Kita sambut dengan doa awal tahun jer. Meriah jugak tahu? Meriah dengan bacaan Yassin bersama adik-adik :D Seronokk, Alhamdulillah. Maaflah, kalau korang rasa kita nak membangga, or apa-apa je lahh. Niat kita cuma, nak ajak korang buat macam tu sekali. Tu jerr. Sekali lagi, kita mintak maaf ehh? :/
Tahun ni, kita SPM victim, doakan kita dapat buat yang terbaik ehh? Tak minta pun untuk straight A+. Cukuplah keputusan yang cemerlang, and dapat membanggakan umi ngan abah :)
Haa, kita nak share ngan korang nih. Sebelum korang semua pergi sekolah besok pagi, masa salam mak ngan ayah korang. Mintak maaflah kat dorang,mintak dihalalkan semuanya, and suruh dorang doakan korang. Tak payahlah segan nak mintak maaf,masa buat salah pun korang tak terfikir pun nak segan kan? Lepastuh, pasanglah niat, yang korang pergi sekolah untuk menimba ilmu. Buat tau tau tau? In syaa Allah, diberkati apa yang korang belajar. Kita pun akan buat jugak nanti,In syaa Allah. Moga kita sama-sama diberkati Allah ehh? ;)
Okaylah, dah panjang lebar rasanya kita menaip nih. Assallamualaikum. 

0 message from u